• Apple Pay akan dilancarkan pada 20 Oktober bersama iOS 8.1


    2 Oktober 2014 - Salah satu fungsi terbaru yang diperkenalkan oleh Apple pada bulan lalu adalah Apple Pay. Sistem Apple Pay merupakan sistem pembayaran melalui NFC yang terdapat pada iPhone yang digabungkan dengan beberapa teknologi lain seperti Touch ID bagi membolehkan pengguna membuat pembayaran dengan lebih pantas dan selamat di dalam talian mahupun di kedai.

    Untuk memulakan Apple Pay, pengguna perlu menghubungkan kad kredit/debit mereka ke dalam Passbook di dalam iPhone. Cara membuat pembayarannya pula adalah hampir sama seperti mereka yang menggunakan Visa Wave namun digantikan kad dengan iPhone.


    Sistem pembayaran Apple Pay ini dijangka akan dilancakan pada 20 Oktober ini bersama-sama dengan kemaskini terbaru iOS 8.1. Walau bagaimanapun, Apple Pay dijangka hanya boleh digunakan di Amerika sahaja pada masa ini di mana kedai seperti Macy’s, Bloomingdales, Wallgreens, Duane Reade, Subway, dan McDonalds telah bersetuju untuk menyediakan perkhidmatan sebegini.

    Persoalan di sini adalah sama ada pengguna akan bersedia untuk mempercayai sistem pembayaran sebegini kerana terdapat beberapa kes yang melibatkan penyelewengan pembayaran dalam talian yang telah direkodkan dalam beberapa tahun ini. Sebagai contoh, penyelewengan secara digital yang berlaku di beberapa buah bank dan ATM di negara kita baru-baru ini.

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain