• Bagaimana aplikasi akan dimuat turun ke dalam Apple Watch?


    1 Oktober 2014 - Apple Watch merupakan produk terbaru yang diperkenalkan oleh Apple pada bulan lalu. Malangnya jam tangan pintar ini tidak akan dipasarkan pada tahun ini. Berdasarkan maklumat terbaru yang diperoleh, Apple dijangkakan akan memulakan pemasangan Apple Watch secara besar-besaran pada awal Januari 2015.

    Terdapat banyak persoalan yang sering bermain di fikiran penggemar teknologi dan peminat setia Apple. Antara soalan utama yang sering diajukan adalah adakah Apple Watch bakal memiliki sebuah App Store khas bagi membolehkan para penggunanya memuat turun aplikasi baru?


    Semua telah sedia maklum bahawa Apple telah membuka peluang kepada para pembangun untuk membina aplikasi khas untuk jam berkenaan. Salah satu informasi yang boleh dipercayai memperkatakan Apple Watch tidak akan mempunyai App Store yang tersedia di dalamnya. Untuk memuat turun aplikasi ke dalam Apple Watch, pengguna perlu memuat turun aplikasi jam tangan berkenaan di dalam iPhone. Ini bermakna kebanyakkan fungsi di dalam Apple Watch akan boleh diubahsuai melalui iPhone.

    Idea ini sedikit sebanyak dapat membantu untuk menjimatkan bateri untuk jam tangan Apple. Malah secara logiknya adalah amat sukar untuk menguruskan kesemua aplikasi-aplikasi di atas sebuah jam tangan yang memiliki skrin yang bersaiz kecil.
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain