• Gambar iPhone 6 mula kelihatan di laman web Celcom dan DiGi


    21 Oktober 2014 - Ramai yang menantikan ketibaan iPhone 6 dan iPhone 6 Plus di Malaysia sehingga ada yang sanggup membeli iPhone berkenaan dengan harga yang lebih mahal kerana tidak sabar menunggu. Terkini, laman rasmi Celcom dan DiGi telah mula mempamerkan gambar iPhone 6 bagi menandakan ketibaan iPhone ini di Malaysia tidak lama lagi.


    Pada masa ini, hanya DiGi sahaja yang telah membenarkan pengguna untuk mendaftar dengan lebih awal untuk memiliki iPhone 6 dan iPhone 6 Plus. Pengguna hanya perlu memberikan nama, no. telefon, alamat emel, serta iPhone 6 yang ingin dimiliki di laman rasmi DiGi. Walau bagaimanapun, Celcom belum memulakan sesi pendaftaran awal bagi telefon ini.

    Maxis pula masih belum mengemaskini laman web mereka untuk iPhone 6 dan iPhone 6 Plus. Dijangkakan mereka juga bakal menawarkan sesi pendaftaran awal tidak lama lagi.
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain