• Kadar penaiktarafan iOS 8 tidak memberangsangkan?


    7 Oktober 2014 - iOS 8 merupakan kemaskini terkini kepada sistem operasi mudah alih Apple yang digunakan pada iPhone, iPad dan juga iPod Touch. Kemasikini ini telah diperkenalkan pada bulan lalu namun berdasarkan maklumat yang diperoleh, kadar penggunaan iOS 8 tidak meningkat dengan memberangsangkan seperti iO S7 sebelum ini. Kebanyakkan pengguna masih sangsi sama ada untuk menaik taraf peranti mereka kepada iOS 8 atas beberapa sebab.


    Terdapat beberapa faktor utama yang menjadikan situasi ini terjadi. Di peringkat permulaan iOS 8, ramai pengguna yang tidak menaiktaraf berikutan ruangan storan yang diperlukan oleh sistem operasi berkenaan adalah besar. Untuk menggunakan iOS 8, pengguna perlu mempunyai sekurang-kurangnya 5GB ruangan storan yang belum digunakan di dalam peranti manakala kebanyakkan pengguna sudah kehabisan ruangan storan untuk menyimpan video, gambar dan aplikasi mereka.

    Ketika iOS 8.0.1 dikeluarkan untuk memperkenalkan aplikasi HealthKit, masalah besar mula timbul kerana banyak peranti Apple menjadi bermasalah selepas dikemaskini. Antara masalah yang dihadapi adalah iPhone yang tidak dapat dihubungkan pada rangkaian bersel dan Touch ID yang tidak berfungsi.


    Sejurus selepas itu, Apple dengan pantas mengeluarkan kemaskini iOS 8.0.2 bagi mengatasi masalah ini namun jelas kelihatan kebanyakkan pengguna tidak berani untuk mengemaskini. Ini sudah pasti berpunca daripada masalah yang terjadi pada kemaskini sebelumnya. Hasilnya, dalam masa 2 minggu hanya sebanyak 1% daripada pengguna Apple di seluruh dunia yang mengemaskini peranti mereka kepada iOS 8.

    Adakah anda salah seorang pengguna Apple yang menghadapi masalah yang sama?
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain