• Ujian kepantasan mutlitugas antara iPhone 6, HTC One M8 dan Samsung Galaxy S5


    3 Oktober 2014 - Ramai yang agak kecewa apabila Apple mengumumkan iPhone 6 menggunakan cip pemprosesan utama 1GB (A8). Ini kerana jika dibandingkan dengan pesaing-pesaing terdekatnya seperti Samsung Galaxy S5 dan HTC One M8, kedua-duanya telah dilengkapi dengan cip pemprosesan berkapisiti 2GB.

    Walau bagaimanapun, spesifikasi cip pemprosesan tidak semestinya akan membawa makna telefon pintar berkenaan dapat beroperasi dengan lebih pantas ataupun tidak. Pihak PhoneBuff cuba membuktikan teori ini dengan membuat ujian kepantasan multitugas antara iPhone 6 dengan telefon Android terkini iaitu Samsung Galaxy S5 dan HTC One M8.


    Berdasarkan ujian yang telah dilakukan, jelas kelihatan iPhone 6 masih mampu menjalankan multitugas dengan lebih baik walaupun hanya mengguna cip pemprosesan berkapasiti 1GB. Besar kemungkinan kerana iPhone 6 menggunakan iOS. Adakah anda bersetuju dengan keputusan ini?
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain