• Apple Watch akan dipasarkan Mac 2015


    3 November 2014
    - Menurut salah seorang naib presiden Apple, Angela Ahrendts, jam tangan pintar Apple Watch akan mula dipasarkan bermula bulan Mac 2015. Ia selaras dengan musim cuti Tahun Baru Cina yang bakal menjelang pada tahun depan. Pada masa ini, Apple sudah memulakan sesi latihan buat pekerja-pekerja premis mereka bagi menyediakan mereka untuk pelancaran jam tangan pintar berkenaan.

    Sebelum ini, Tim Cook telah menjanjikan Apple Watch bakal dijual bermula awal tahun 2015. Bateri jam ini dikatakan mampu bertahan untuk kegunaan sepenuhnya selama sehari di samping memberikan pengalaman terbaru buat pengguna menggunakan pelbagai aplikasi berguna dari jam tangan. Pada bulan ini, para pembangun aplikasi iOS akan berpeluang mencuba SDK Apple Watch, WatchKit bagi memberi peluang untuk mereka aplikasi yang bersesuaian untuk Apple Watch.

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain