• Kunci bilik hotel dibuka menggunakan iPhone


    4 November 2014 - Fungsi NFC dan Bluetooh yang terdapat pada iPhone nampaknya semakin berkembang dari hari ke hari terutama apabila sistem Apple Pay diperkenalkan. Terkini, syarikat hotel terkemuka, Starwood telah memperkenalkan sistem kekunci digital yang membenarkan para pelanggan mereka membuka pintu bilik dengan hanya menggunakan iPhone. Teknologi tanpa kunci yang diberi nama SPG Keyless ini bakal diimplementasikan secara peringkat di hotel-hotel mereka di seluruh dunia termasuk Los Angeles, Hong Kong, Beijing dan Doha.

    Pelanggan hotel Starwood yang menggunakan perkhidmatan ini tidak perlu mendaftarkan diri di kaunter untuk mendaftar masuk ke dalam hotel kerana semuanya disempurnakan di dalam sistem SPG Keyless ini. Pada masa ini, terdapat 10 buah hotel Starwood yang mula menggunakan teknologi ini termasuk Aloft, Element dan W Hotel. Syarikat ini mnejangkakan akan memperkenalkan sistem SPG ini ke dalam lebih 150 hotel mereka di seluruh dunia menjelang awal tahun 2015.

    Mungkinkah Aloft di sebelah KL Sentral bakal menyediakan kemudahan ini tidak lama lagi? Sama-sama kita nantikan.

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain