• SenQ tawarkan bayaran ansuran iPhone 6 dan iPhone 6 Plus


    7 November 2014 - Selain daripada mendapatkan iPhone 6 dan iPhone 6 Plus melalui DiGi, Celcom dan Maxis, pengguna juga berpeluang untuk memiliki telefon-telefon pintar berkenaan tanpa kontrak bersama SenQ, Machines, Switch dan juga Apple Online Store.

    Kesemua kedai-kedai berkenaan menawarkan harga yang sama bagi setiap telefon pintar iPhone 6 dan iPhone 6 Plus. Namun, terdapat beberapa keistimewaan yang didatangkan sekali bersama mengikut kedai. Sebagai contoh, SenQ menawarkan tambahan jaminan selama setahun, jualan balik iPad dan iPhone terdahulu, serta kupon pra-bayar Internet DiGi sebanyak 200MB untuk 6 bulan. Walau bagaimanapun, promosi ini hanya sah sehingga 30 November ini sahaja.


    Selain daripada itu, SenQ turut menyediakan kemudahan pembayaran secara bulanan (maksimum 36 bulan) bagi pengguna kad kredit. Tiada faedah tambahan akan dikenakan kepada pengguna. Berikut adalah harga bayaran bulanan bagi mereka yang membeli iPhone 6 dan iPhone 6 Plus melalui kemudahan ini:

    • 16GB iPhone 6 – RM2,399 (RM66.64 x 36 bulan)
    • 64GB iPhone 6 – RM2,749 (RM77.75 x 36 bulan)
    • 128GB iPhone 6 – RM3,149 (RM87.47 x 36 bulan)
    • 16GB iPhone 6 Plus – RM2,749 (RM77.75 x 36 bulan)
    • 64GB iPhone 6 Plus – RM3,149 (RM87.47 x 36 bulan)
    • 128GB iPhone 6 Plus – RM3,549 (RM98.58 x 36 bulan)
    Bagi mereka yang ingin membuat jualan balik iPad dan iPhone mereka terdahulu, berikut adalah senarai harga belian yang ditawarkan daripada SenQ:

    *Perlu diingatkan tawar harga belian daripada SenQ ini hanya sah sehingga 30 November sahaja.
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain