• Apple meniru konsep iPhone 6 daripada pengeluar telefon pintar China?


    3 Disember 2014 - Sebuah syarikat pengeluar telefon pintar dari China, Digione, telah menuntut pihak Apple untuk membayar pampasan kepada mereka kerana telah meniru konsep telefon mereka untuk iPhone 6 dan iPhone 6S. Pada asalnya, Digione pernah menghantar surat kepada Apple pada bulan September bagi menyatakan tuntutan mereka secara rasmi. Namun, tuntutan mereka tidak diendahkan daripada pengeluar iPhone tersebut.

    Menurut Digione, mereka telah mendaftarkan paten tersebut kepada "Chinese State Intellectual Property Office" pada bulan Januari dan telah mendapat pengesahan pada bulan Julai yang lalu. Kini, mereka mengharapkan pihak membuka mata atas pelanggaran hak paten oleh Apple. Menariknya, laman web syarikat berkenaan juga menyerupai laman web Apple.

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain