• Apple mungkin akan perkenalkan iPhone bersaiz 4 inci kembali


    5 Disember 2014 - Walaupun iPhone 6 dan iPhone 6 Plus masih belum dimiliki oleh kebanyakkan peminat Apple di seluruh dunia, namun terdapat khabar angin yang mengatakan Apple bakal memperkenalkan iPhone bersaiz 4 inci kembali pada tahun hadapan.

    Khabar angin yang bermula dari China ini mengatakan telefon iPhone terbaru pada tahun 2015 bakal memiliki saiz yang sama seperti iPhone 5 dan juga 5S. Alasannya adalah untuk menarik minat pengguna wanita yang tidak beberapa menyukai saiz iPhone yang sedia ada.


    Walau bagaimanapun, kesahihan berita ini masih lagi boleh dipertikaikan kerana ia adalah sesuatu yang tidak logik terutama apabila Apple baru sahaja memperkenalkan iPhone yang bersaiz lebih besar. Malah iPhone 6 dan 6 Plus telah mendapat hasil jualan yang tinggi sehingga mencecah lebih 10 juta jualan pada minggu pertama ia mula dijual. Pada masa kini, telefon berskrin besar kian mendapat tempat di hati pelanggan terutamanya di pasaran Asia.

    Sumber info: Cult of Mac
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain