• iOS 8 kini digunakan di dalam 60% peranti iOS


    2 Disember 2014 - Penggunaan iOS 8 semakin meningkat di mana pada ketika ini kelihatan kemaskini terbaru itu mula mendahului senarai penggunaan di kalangan pengguna iOS. Hampir 60% pengguna iOS kini telah beralih kepada iOS 8 manakala sebanyak 37% pengguna masih mahu menggunakan iOS 7. Dijangkakan peratusan ini bakal meningkat terutamanya ketika pengguna mula membeli peranti iOS terbaru pada cuti hari Natal dan Tahun Baru yang bakal menjelang nanti.

    Hanya 5% pengguna sahaja yang masih menggunakan iOS yang lama. Berita ini adalah baik terutamanya buat para pembangun aplikasi iOS bagi membolehkan mereka menumpu perhatian untuk membina aplikasi untuk sistem operasi yang baru.

    Adakah anda sudah mengemaskini kepada iOS 8 pada iPhone, iPad dan juga iPod Touch anda?
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain