• Semua TV baru Sony bakal menggunakan Android TV


    6 Januari 2015 - Ketika CES 2015, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sony, Kaz Hirai telah mengumumkan syarikat berkenaan bakal menggunakan Android TV di dalam semua televisyen Sony terbaru bermula pada tahun ini. Sony percaya sistem TV daripada Google ini mampu membawa produk mereka lebih jauh dan menjadi peneraju dalam industri penghasilan TV.

    Alat kawalan jauh pada TV Sony bakal digantikan dengan sebuah trackpad bagi memudahkan pengguna untuk mengawal antara muka Android TV. Selain itu, alat ini juga akan dilengkapi dengan sebuah microphone bagi membolehkan pengguna membuat pencarian dengan lebih mudah. Oleh kerana TV Sony bakal menggunakan Android TV, maka ia juga akan dilengkapi dengan Google Cast. Ini bermakna pengguna boleh melemparkan kandungan daripada telefon pintar Android dengan pantas.


    Pada masa yang sama, Sony juga telah melancarkan 11 TV LCD yang terbaru berukuran dari 43 inci sehingga  75 inci. Malah ada di antara TV-TV berkenaan memiliki ketebalan yang sangat nipis (4.9mm).
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain