• [App] Final Fantasy Record Keeper


    31 Mac 2015 - Pihak Squaresoft memperkenalkan sebuah aplikasi permainan terbaru untuk pengguna iPhone, iPad dan juga Android yang diberi nama Final Fantasy Record Keeper (FFRK). Tidak seperti kebanyakkan siri Final Fantasy di dalam Playstation sebelum ini, FFRK menampilkan jalan cerita yang lebih menarik dan unik di mana ia menghimpunkan kesemua cerita di dalam siri Final Fantasy sebelum ini. Watak-watak dihimpunkan seumpama Final Fantasy Dissidia yang terdapat pada Playstation Portable (PSP).

    Final Fantasy Record Keeper berkisarkan tentang tugas seorang penjaga rekod masa untuk memastikan kisah Final Fantasy terdahulu tidak diubahsuai bagi menjaga kestabilan dan keamanan yang sedia ada. Tyro merupakan watak terbaru yang diperkenalkan di dalam FFRK yang ditugaskan untuk menjaga rekod-rekod ini dengan bantuan Dr. Mog dan CID.


    Apa yang menjadikan FFRK menarik adalah ia menggunakan paparan 8 bit yang sebelum ini digunakan pada siri Final Fantasy terdahulu. Karakter popular seperti Tidus, Cloud, dan Squall, semuanya telah ditukar kepada versi 8 bit. Selain daripada itu, kebolehan untuk menyeru raksasa Bahamut, Leviathen dan Odin juga disertakan sekali di dalam permainan ini. 

    Buat peminat setia Final Fantasy, sudah pasti tidak mahu melepaskan peluang untuk memainkan permainan ini kerana ia akan mengingatkan anda kenangan bersama siri Final Fantasy pada satu ketika dahulu. 

        
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain