• Apple 'Spring Forward' - 9 Mac 2015


    9 Mac 2015 - Apple bakal mengadakan sebuah majlis rasmi kepada para media pada awal pagi esok (waktu Malaysia) di Yerba Buena Center bertempat di San Francisco. Majlis yang diberi nama 'Spring Forward' ini bakal menyaksikan CEO Apple, Tim Cook memperkenalkan jam pintar pertama mereka iaitu Apple Watch.

    Jam tangan pintar bukanlah sesuatu yang baru di kalangan para pengguna kerana sudah banyak pengeluar seperti Samsung, Sony, Motorola dan banyak lagi yang telah memperkenalkan produk mereka. Walau bagaimanapun, ramai yang tetap menantikan Apple Watch ini. Jam tangan pintar Apple ini pada mulanya diperkenalkan pada September tahun lalu di mana Tim Cook menegaskan ia bukanlah sekadar gadget di tangan malah sebuah pelopor kepada fasyen terkini. Perkara ini jelas sekali kelihatan apabila, Apple Watch mula mewarnai majalah-majalah fesyen terkemuka di dunia.

    Selain daripada Apple Watch, Apple juga bakal mengumumkan kemaskini terbaru iOS 8.2. Ia sejajar dengan kemunculan Apple Watch di mana kesemua peranti iOS bakal menyokong jam tangan pintar berkenaan melalui Bluetooth.
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain