• Bergaya dengan Apple Watch maya


    25 Mac 2015 - Ingin menggayakan Apple Watch kepada rakan-rakan anda walaupun jam tangan pintar ini masih belum hadir di Malaysia? Anda mungkin ingin mencuba Apple Watch secara maya.

    Dengan mencetak sehelai kertas yang kecil dan memuat turun sebuah aplikasi, anda boleh melihat Apple Watch seolah-olah berada di tangan anda di kaca skrin. Aplikasi ini menggunakan teknologi Augmented Reality (AR).

    Arahannya sangat mudah: Anda hanya perlu mencetak fail PDF ini, dan mengimbas kod QR yang terdapat di dalam nya untuk memuat turun aplikasi yang diperlukan. Aplikasi yang diberi nama "ARWatch" walau bagaimanapun tidak terdapat di dalam App Store yang rasmi.

    Melalui aplikasi ARWatch, anda hanya perlu mengimbas semula kertas yang telah dicetak sebentar tadi dan secara automatik sebuah Apple Watch akan kelihatan di dalam skrin iPhone anda. Walaupun ia bukanlah benda yang sebenar, sekurang-kurangnya anda boleh dapatkan perasaan menggunakan Apple Watch.


  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain