• Facebook Messenger diintegrasi dengan aplikasi pembangun lain


    26 Mac 2015 - Aplikasi Facebook Messenger kini melangkah satu lagi ke hadapan apabila syarikat gergasi laman sosial terkemuka ini membenarkan pembangun aplikasi yang lain untuk digunakan ke dalam Facebook Messenger. Ini bermakna aplikasi Facebook Messenger bakal menjadi sebuah platform yang baru.

    Pada masa sekarang, Facebook telah bekerjasama dengan 40 pembangun aplikasi seperti Bitmoji, ESPN, Giphy, JibJab, The Weather Channel, dan banyak lagi. Anda boleh melihat senarai penuh aplikasi yang boleh diintegrasikan bersama Facebook Messenger di sini.


    Menurut Facebook, initiatif terbaru mereka ini memboleh pengguna memuat turun dan mengintegrasikan aplikasi lain melalui Messenger atau membalas mesej menggunakan kandungan daripada aplikasi yang lain. Sekiranya penerima mesej berkenaan tidak mempunyai aplikasi yang sama, mereka bakal ditawarkan untuk memuat turun aplikasi tersebut ke dalam Facebook Messenger mereka. Secara tidak langsung pengguna akan mengenali lebih banyak aplikasi melalui perbualan dengan rakan-rakan mereka.
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain