• Harga iPhone 6 dan iPhone 6 Plus naik


    11 Mac 2015 - Selepas pengumuman rasmi Apple Watch pada majlis Apple, Isnin yang lalu, penggemar gajet tempatan telah dikejutkan dengan kenaikan harga produk-produk daripada Apple termasuklah iPhone 6 dan iPhone 6 Plus.

    Model iPhone 6 (16GB) kini telah menjadi RM2,549 manakala iPhone 6 Plus (16GB) dijual pada harga RM2,949. Kenaikan harga iPhone 6 ini berkemungkinan besar berikutan pengumuman GST dan masalah penurunan kadar matawang negara. Walau bagaimanapun, Apple TV mengalami penurunan harga kepada RM279. Mungkinkah Apple cuba mencuri minat pengguna untuk memiliki gajet ini?


    Pada masa yang sama, Apple turut memperkenalkan Macbook terbaru yang lebih nipis dan lebih menarik. Macbook terbaru ini mempunyai skrin senipis 0.88 milimeter sahaja dan menjadi produk Apple yang memiliki skrin Retina ternipis pada masa ini. Macbook terbaru juga didatangkan dalam tiga warna bebeza iaitu emas, putih dan kelabu, sama seperti iPhone dan iPad. Harga jualan bagi produk ini adalah RM4,499 dan sudah boleh ditempah di laman web Apple Malaysia.
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain