• Kemaskini iOS 8.2 kini sedia dimuat turun


    13 Mac 2015 - Kemaskini iOS 8.2 telah pun mula diperkenalkan kepada pengguna iPhone dan iPad di seluruh dunia. Pengguna boleh memuat turun kemaskini terbaru iOS ini secara terus dari peranti mereka mahupun menggunakan PC atau Mac sebagai perantara. Menurut pihak Apple, cara yang terbaik adalah menggunakan PC dan Mac di mana ia lebih selamat dan stabil.

    Kemaskini iOS 8.2 membawakan penambahan sokongan untuk Apple Watch yang bakal mula dipasarkan pada bulan April ini. Selain daripada itu, aplikasi Health juga telah dikemaskini dengan penambahan ukuran unit yang boleh diubahsuai seperti jarak, suhu badan, ketinggian, berat dan juga kandungan glukosa dalam badan. Beberapa aplikasi seperti Mail, Music, VoiceOver, dan Maps telah dikemaskini untuk menjadi lebih stabil.

    Bersediakah anda untuk kemunculan Apple Watch?
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain