• Cara untuk Jailbreak Taig 2.1.1 dengan Cydia Substrate


    26 Jun 2015 - Pihak Taig telah memperkenalkan kemaskini terbaru iaitu Jailbreak Taig 2.1.1 bagi memperbetulkan permasalahan ketiadaan Cydia Substrate sebelum ini. Melalui kemaskini terbaru ini, pengguna boleh menggunakan fungsi dan aplikasi di dalam Cydia tanpa sebarang masalah.

    Sekiranya anda belum pernah membuat Jailbreak Taig 2.0 sebelum ini, anda boleh memuat turun aplikasi Taig 2.1.1 daripada komputer Windows anda. Selepas itu, anda perlu menyambungkan peranti Apple kepada komputer berkenaan untuk memulakan Jailbreak. Langkah seterusnya disediakan di dalam aplikasi berkenaan dan sememangnya amat mudah walaupun ia adalah kali pertama anda melakukan Jailbreak.

    Bagi yang pernah melakukan Jailbreak Taig 2.0, anda tidak perlu melalukan Jailbreak sekali lagi. Langkah bagi kes ini adalah:

    Langkah 1 : Buka Cydia dan muat turun aplikasi iFile

    Langkah 2 : Setelah iFile dimuat turun, tutup aplikasi Cydia

    Langkah 3 : Buka fail taiguntether83x.deb daripada aplikasi Safari iOS anda.

    Langkah 4 : Setelah itu, buka fail tersebut menggunakan iFile.

    Langkah 5 : Install fail berkenaan daripada iFile.

    Langkah 6 : Restart semula peranti anda.

    Selepas langkah 6, anda sepatutnya sudah boleh menggunakan aplikasi daripada Cydia tanpa sebarang masalah. Perlu diingatkan terdapat beberapa aplikasi yang masih belum dikemaskini untuk iOS 8.3. Dijangkakan para pembangun bakal mengemaskini aplikasi mereka dalam masa terdekat.
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain