• Jailbreak iOS 8.1.3/8.2/8.3 diperkenalkan oleh Taig


    25 Jun 2015 - Semalam, pasukan Taig telah memperkenalkan cara untuk membuat jailbreak pada iOS 8.3, iOS 8.2 dan iOS 8.1.3. Kemaskini terbaru daripada Taig ini membolehkan pengguna iPhone 6, iPhone 6 Plus, iPhone 5C, iPhone 5S, iPad Mini, iPad Air dan iPod Touch memuat turun aplikasi Cydia ke dalam peranti mereka.

    Walau bagaimanapun, pada masa ini, Jailbreak untuk iOS 8.3 dan iOS 8.2 tidak dapat menggunakan Cydia Substrate. Tanpa Cydia Substrate, pengguna tidak berupaya untuk menggunakan kebanyakan modifikasi yang terdapat di dalam Cydia. Pihak Taig masih mencuba untuk memperbetulkan permasalahan ini dalam masa terdekat.

    Bagi yang ingin mencuba Jailbreak daripada Taig, anda boleh memuat turun aplikasi berkenaan daripada laman rasmi Taig. Perlu diingatkan langkah ini bakal membatalkan jaminan (warranty) peranti Apple anda. Pastikan anda mengikuti langkah-langkah yang diberikan bagi mengelakkan sebarang permasalahan.

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain