• Apple dijangka bakal memperkenalkan iPod generasi terbaru 14 Julai


    11 Julai 2015 - Agak lama kita tidak mendengar sebarang berita tentang kemunculan generasi baru bagi iPod. Kini kedengaran berita yang Apple bakal memperkenalkan iPod gemerasi terbaru pada 14 Julai. Ini termasuk iPod Touch, iPod Nano dan iPod Shuffle.

    Walau bagaimanapun, generasi baru iPod Shuffle dan iPod Nano hanya bakal menerima kemaskini yang sedikit dari segi penambahan pilihan warna. Gambar warna iPod generasi terbaru ini telah pun kelihatan di dalam kemaskini iTunes 12.2. Terdapat 3 warna baru iaitu biru yang lebih gelap, merah jambu yang lebih cerah serta warna keemasan.


    Terdapat juga kemungkinan yang Apple akan membawakan funsgi Apple Music ke dalam iPod generasi terbaru. Sokongan untuk Apple Music sememangnya diperlukan terutama jika Apple ingin bersaing dengan Spotify dan Deezer.

    Mahukah ada membeli dan menggunakan iPod dengan fungsi Apple Music?
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain