• Apple Music ditawarkan 3 bulan percuma


    2 Julai 2015 - Bagi pengguna yang gemar mendengar lagu secara penstriman seperti Spotify mahupun Deezer, anda kini boleh menggunakan Apple Music. Aplikasi terbaru ini diperkenalkan bersama-sama kemaskini terbaru iOS 8.4 bagi membawakan sokongan penstriman tanpa had buat para pengguna iOS, iTunes dan juga iWatch.

    Berbeza dengan Spotify, Apple Music menawarkan dua pakej yang berlainan. Bagi pakej individu, pengguna di Malaysia boleh melanggan pada anggaran harga RM15 sebulan manakala bagi pakej keluarga (6 individu), pada anggaran harga RM23. Pada masa ini Apple Music masih lagi menggunakan matawang US Dollar maka harganya mungkin berubah bergantung kepada keadaan matawang Malaysia. Walau bagaimanapun, untuk pakej penstriman keluarga boleh dikatakan agak murah berbanding aplikasi-aplikasi yang seangkatan dengannya. Sekiranya anda melanggan pada Apple Music sekarang, anda akan menerima 3 bulan langganan percuma!


    Pengkalan data lagu yang terdapat di dalam Apple Music juga tidak kurang hebatnya berbanding Spotify kerana ia diambil daripada lagu-lagu yang terdapat di dalam iTunes. Malah kebanyakkan lagu-lagu di Malaysia juga telah berada di dalam pengkalan data iTunes sejak tahun lalu.

    Bagi yang berminat untuk mencuba Apple Music, anda hanya perlu mengemaskini iOS anda kepada versi 8.4 manakala pengguna Mac dan Windows boleh mengemaskini aplikasi iTunes mereka kepada versi terbaru. Dijangkakan pengguna Android bakal boleh menggunakan Apple Music juga dalam masa terdekat.

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain