• iPod Shuffle dan iPod Nano tidak menyokong Apple Music

    18 Julai 2015 - Apple telah memperkenalkan iPod Shuffle dan iPod Nano generasi terbaru pada minggu lepas. Seperti yang dijangkakan, kedua-dua iPod ini telah ditampilkan dengan warna yang baru iaitu biru, kelabu angkasa, perak, merah, emas dan juga merah jambu.

    iPod Nano didatangkan dengan storan dalaman 16GB dan pengguna masih perlu menghubungkan ia kepada komputer untuk meletakkan lagu ke dalamnya. iPod Shuffle pula masih mengekalkan storan dalaman sebesar 2GB. Dari segi harga, iPod Nano dijual pada harga USD149 manakala iPod Shuffle pada harga USD49.

    Apa yang menyedihkan, kedua-dua iPod ini tidak akan menyokong sistem penstriman muzik dalam talian Apple Music. Menurut Apple, ia bagi mengelakkan kejadian cetak rompak terjadi di masa akan datang. Sudah pasti berita ini akan membuatkan pengguna merasa sangsi sama ada untuk memiliki iPod Shuffle atau Nano generasi terbaru.

     

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain