• [Jailbreak] Balas Whatsapp dengan pantas dengan WAQuickReply


    12 Julai 2015 - Sekiranya anda sudah melakukan Jailbreak pada peranti iOS, anda mungkin ini mencuba tweak terbaru iaitu WAQuickReply. Tweak terbaru ini membolehkan pengguna membalas mesej Whatsapp dengan pantas tanpa perlu membuka aplikasi berkenaan. Ia sama seperti fungsi yang terdapat pada iMessage pada ketika ini di mana pengguna boleh membalas mesej dari ruang notifikasi.

    Aplikasi Whatsapp tidak perlu dibuka bagi membolehkan tweak ini berfungsi. Asalkan Whatsapp telah dimuat turun ke dalam peranti iOS anda, tweak ini akan berfungsi dengan baik. WAQuickReply boleh dimuat turun daripada Cyida melalui repositori BigBoss pada harga USD2.99.


    WAQuickReply bukanlah tweak pertama di dalam Cydia yang membenarkan fungsi sebegini. Sebelum ini tweak yang diberi nama Nantius, juga beroperasi sepertinya namun terdapat banyak masalah yang perlu dibaiki. Selain daripada itu, kemaskini iOS 9 akan datang juga dikatakan membawakan fungsi yang sama.
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain