• [Jailbreak] Cara mudah untuk menghilangkan Jailbreak/Cydia

     
    20 Julai 2015 - Sekiranya anda telah membuat Jailbreak pada iPhone, iPad mahupun iPod Touch dan ingin mengembalikan peranti berkenaan kepada keadaan sebelum Jailbreak (UnJailbreak), kini anda boleh melakukannya dengan mudah.
     
    Dengan hanya memuat turun aplikasi "Cydia Impactor" dari dalam Cydia sendiri, anda berupaya mengembalikan peranti iOS kepada keadaan sebelum Jailbreak tanpa perlu mengemaskininya kepada iOS versi terbaru. Malah anda tidak perlu menyambungkan peranti kepada iTunes di dalam komputer langsung. Cydia Impactor ini telah dihasilkan oleh pembangun Cydia sendiri iaitu Saurik.
     
     
    Sebelum ini, sekiranya pengguna hendak mengembalikan iOS kepada keadaan sebelum Jailbreak, pengguna perlu mengemaskini peranti iOS mereka kepada versi terkini. Kelemahan utama berbuat demikian adalah pengguna tidak akan berupaya membuat Jailbreak semula kepada peranti berkenaan sehinggalah Jailbreak terbaru dikeluarkan untuk versi iOS tersebut.
     
     
    Langkah-langkah untuk mengembalikan iOS kepada keadaan sebelum Jailbreak adalah seperti berikut:
     
    1. Buat salinan (backup) ke atas peranti iOS melalui iCloud atau iTunes sebagai langkah berjaga-jaga.
    2. Pastikan peranti iOS berkenaan dicaj (minima 20%).
    3. Muat turun Cydia Impactor daripada Cydia.
    4. Jalankan Cydia Impactor dengan menekan delete all data and unjailbreak device. Kemudian, tekan Delete All untuk meneruskan proses. Pastikan anda tidak menyentuh peranti iOS berkenaan selepas ini sehingga proses lengkap.
    5. Selepas selesai, peranti iOS akan terbuka semula dan memaparkan paparan skrin selamat datang seumpama peranti yang baru dibeli.
     
    *Mengembalikan iOS anda kepada keadaan sebelum Jailbreak akan menghilangkan semua data-data di dalam peranti. Pastikan anda membuat salinan agar tiada data-data yang penting yang akan hilang ketika proses ini dijalankan.
     
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain