• Jualan Apple Watch di luar jangkaan Tim Cook


    22 Julai 2015 - Berdasarkan maklumat daripada Apple, jualan Apple Watch telah melebihi sasaran yang ditetapkan oleh Tim Cook sebelum ini. Menurut Tim Cook yang juga selaku Ketua Pegawai Eksekutif Apple, jualan Apple Watch memperlihatkan peningkatan yang memberangsangkan pada bulan Jun yang lalu berbanding pada bulan April dan Mei.


    Walau bagaimanapun, pihak Apple tidak meletakkan sebarang angka mahupun peratusan yang tepat bagi jumlah jualan Apple Watch di seluruh dunia. Pada masa ini, terdapat lebih daripada 8,500 buah aplikasi yang telah dibina khas untuk Apple Watch dan Apple dijangkakan bakal memperkenalkan kemaskini WatchOS 2 tidak lama lagi.


    Pada masa yang sama, masih tiada sebarang informasi berkaitan tarikh jualan Apple Watch di Malaysia. Negara-negara yang bakal mula menjual jam tangan pintar berkenaan pada 31 Julai nanti adalah New Zealand, Turki dan Rusia.
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain