• Keistimewaan iPod Touch generasi terbaru


    19 Julai 2015 - Selain daripada iPod Shuffle dan iPod Nano, Apple juga memperkenalkan iPod Touch versi terbaru yang menampilkan warna sama seperti iPod Shuffle dan Nano. iPod Touch ini menggunakan iOS 8.4 yang terkini, di mana sokongan penstriman muzik dalam talian Apple Music juga dibawakan bersama.

     

     

    iPod Touch yang juga diberi jolokan sebagai sebuah iPhone yang tidak mempunyai sokongan kad sim, boleh beroperasi seperti sebuah iPhone biasa kecuali tidak boleh membuat panggilan telefon, sms mahupun Internet 2G/3G/4G. Walau bagaimanpun, iPod Touch tetap disertakan bersama dengan sokongan WiFi.

     


    Perbezaan ketara yang ditampilkan pada iPod Touch versi terbaru ini adalah pada cip pemprosesannya. Ia menggunakan cip A8 yang terdapat pada iPhone 6 dan iPhone 6 Plus bagi membolehkan pengguna bermain permainan terkini daripada iOS. Skrinnya juga menampilkan teknologi Retina bagi menghasilkan gambar yang lebih cantik dan tajam. Menariknya iPod Touch ini juga disertakan bersama-sama dengan cip pemprosesan tambahan M8, bagi mengesan pergerakan dan mengurangkan bebanan pada cip utama, A8. Dengan itu, bateri peranti ini akan dapat bertahan dengan lebih lama.

     

    Dari segi kamera, iPod Touch mempunyai kamera dengan sensor 8 megapiksel bagi memastikan gambar yang ditangkap benar-benar kelihatan cantik. Dengan teknologi iSight, iPod Touch berkebolehan untuk menangkap video dalam bentuk definisi tinggi (HD), Time Lapse serta dalam bentuk gerakan perlahan (slow-motion).

     


    Ia didatangkan dalam 4 storan dalaman berbeza iaitu 16GB, 32GB, 64GB dan 128GB. iPod Touch dijual bermula pada harga USD199 dan boleh mencecah sehingga USD399 untuk model spesifikasi tertinggi.

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain