• Final Fantasy 7 kini sedia dimuat turun ke dalam iOS


    22 Ogos 2015 - Buat penggemar siri Final Fantasy, berita baik buat anda kerana Final Fantasy 7 kini sudah sedia dimuat turun untuk pengguna iPhone dan iPad. Final Fantasy 7 iOS merupakan adaptasi daripada permainan nama yang sama di PlayStation dan komputer (Steam).

    Pada masa ini, Final Fantasy 7 hanya boleh dimainkan pada iOS 8 dan ke atas. Sayang sekali pengguna tidak dinasihatkan untuk memainkan permainan ini di dalam iPod Touch walaupun ia boleh dimuat turun ke dalamnya. Menurut Square Enix, permainan ini tidak sesuai dimainkan di dalam peranti tersebut.


    Bagi yang ingin mencuba, anda boleh pergi ke dalam App Store dan mencari Final Fantasy VII atau hanya klik pada link di bawah:


    Final Fantasy 7 dijual pada harga USD15.99. Penurunan harga ringgit di pasaran antarabangsa mungkin akan menjadi faktor penghalang kepada pemain di Malaysia untuk memiliki permainan ini.

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain