• WhatsApp versi web kini hadir untuk iOS


    22 Ogos 2015 - Setelah sekian lama menunggu, akhirnya pengguna iOS terutamanya iPhone kini boleh menggunakan WhatsApp versi web bermula 20 Ogos 2015. WhatsApp versi web ini membolehkan pengguna menghantar atau membalas mesej WhatsApp dengan pantas daripada pelayan web seperti Google Chrome.

    Untuk menggunakan WhatsApp versi web untuk iOS, pengguna perlu menaik taraf WhatsApp mereka kepada versi terkini melalui App Store. Setelah itu, pengguna perlu pergi ke dalam bahagian Setting WhatsApp dan memilih WhatsApp Web. Pengimbas kod QR akan terpapar dan pengguna perlu mengimbas kod QR daripada laman web.whatsapp.com. Setelah itu, pengguna sudah sedia untuk menggunakan WhatsApp Web dengan sepenuhnya.

    Perlu diingatkan, pengguna perlu memastikan iPhone berkenaan disambungkan ke Internet sepanjang tempoh penggunaan WhatsApp Web.


  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain