• Waze 4.0 : Kemaskini antaramuka untuk pengguna iOS


    19 Oktober 2015 - Bagi pengguna GPS, aplikasi Waze sudah pasti menjadi salah satu aplikasi kegemaran di dalam telefon pintar anda. Hari ini, Waze memperkenalkan kemaskini terbaru iaitu Waze 4.0 yang didatangkan dengan antaramuka yang lebih baik untuk memudahkan navigasi, laporan serta perkongsian.

    Pada masa ini, Waze versi 4.0 diperkenalkan hanya untuk pengguna iOS sahaja. Melalui kemaskini terbaru ini, pengguna akan dapat memulakan perjalanan menggunakan GPS dengan lebih pantas di samping grafik peta yang lebih kemas untuk pemanduan. Langkah untuk menghantar sebarang laporan kesesakan lalu-lintas atau masalah di jalan raya juga telah dikemaskini termasuk diperkenalkan sistem kod warna bagi memudahkan pengguna mengetahui masalah di jalan raya dengan pantas di dalam peta.


    Selain daripada itu, Waze 4.0 juga dikatakan mampu mengurangkan penggunaan bateri telefon pintar mahupun tablet. 

    Laman rasmi Waze : https://www.waze.com/download  
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain