• Apple Pay bakal hadir di China


    18 December 2015 - Penggunaan Apple Pay bakal dikembangkan ke Asia apabila China bakal menjadi perintis kepada teknologi berkenaan melalui China UnionPay. Ini bermakna, pengguna di China bakal berpeluang untuk menggunakan iPhone, Apple Watch mahupun iPad untuk membuat pembayaran dengan lebih mudah dan selamat.

    Menurut Naib Presiden Eksekutif China UnionPay, mereka mahu memperkenalkan teknologi pembayaran yang inovatif buat pelanggan mereka dengan mengintegrasikan Apple Pay dengan China UnionPay QuickPass.


    Teknologi Apple Pay akan diperkenalkan di China pada awal tahun 2016 setelah kesemua ujian keselamatan dibuat dan mendapat sijil daripada pihak berkuasa di China. Kesemuanya bagi memastikan ia selari dengan piawaian industri kewangan di sana.

    Mungkinkah bank-bank di Malaysia juga bakal mengikut jejak langkah China untuk memperkenalkan teknologi Apple Pay di sini? Ini mungkin terjadi kerana kebanyakan bank di Malaysia sudah mula mempraktikkan teknologi terkini bersesuaian dengan peredaran zaman sekarang.

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain