• [Konsep] iPhone 7 yang lebih nipis tanpa bicu fonkepala


    22 Disember 2015 - Pereka grafik Eric Huismann telah mengilhamkan beberapa konsep untuk iPhone 7 yang dijangkakan bakal dilancarkan pada tahun depan. Ia adalah berdasarkan khabar angin yang mengatakan telefon berkenaan tidak akan mempunyai sebarang bicu fonkepala bagi menghasilkan telefon yang lebih nipis.

    Menariknya, Eric memperkenalkan konsep AirPods iaitu sebuah fonkepala tanpa wayar dan boleh dihubungkan kepada iPhone 7 melalui sambungan Bluetooth. Ini memandangkan iPhone yang lebih nipis tidak akan mampu menyokong bicu fonkepala 3.5mm.


    Selain daripada itu, beliau juga memperkenalkan konsep butang 'Home' seumpama fungsi 3D Touch yang diperkenalkan pada iPhone 6S. Sedikit sebanyak idea ini akan mengurangkan risiko berlaku kerosakan pada butang 'Home' yang sering berlaku di kalangan pengguna iPhone kini.


  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain