• Microsoft Outlook untuk iOS dikemaskini dengan sokongan 3D Touch


    15 December 2015 - Penggunaan 3D Touch pada iPhone 6S dan 6S Plus jelas semakin diterima baik di kalangan para pengguna Apple di mana ia memudahkan mereka mencapai fungsi sesuatu aplikasi tanpa membuka aplikasi berkenaan terlebih dahulu.

    Terkini, aplikasi Microsoft Outlook juga telah dikemaskini dengan fungsi 3D Touch. Pengguna aplikasi berkenaan kini boleh melihat kalendar, menambah temu janji mahupun menulis email terbaru secara terus tanpa membuka aplikasi berkenaan.


    Selain daripada itu, kemaskini Microsoft Outlook juga membolehkan penggunanya mencetak email ke mesin pencetak melalui sambungan WiFi. Walau bagaimanapun, fungsi ini memerlukan sebuah mesin pencetak yang boleh disambungkan dengan WiFi yang sama.


    Mungkinkah aplikasi ini boleh menggantikan aplikasi Mailbox yang bakal ditamatkan perkhidmatannya tidak lama lagi? Bagi mereka yang masih belum mencuba Microsoft Outlook di dalam iOS, anda boleh memuat turun secara percuma di sini.

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain