• Microsoft Xbox mahu bersaing dengan Apple TV


    31 Disember 2015 - Pihak Microsoft kelihatan sekali lagi berminat untuk bersaing dengan Apple TV apabila terdapat beberapa khabar yang mengatakan mereka akan menghasilkan Xbox One yang lebih kecil dan ringan.

    Xbox One yang lebih kecil ini akan dilengkapi dengan kemudahan penstriman dalam talian serta boleh memainkan permainan daripada Microsoft Windows Store. Dijangkakan produk ini akan dilancarkan pada suku kedua tahun 2016 di mana harganya bakal lebih murah berbanding produk Xbox sebelum ini.


    Ini bukanlah kali pertama pihak Microsoft mengatakan hasrat mereka untuk menandingi Apple TV kerana pada tahun 2012, mereka pernah menyatakan perkara yang sama. Walau bagaimanapun, ia tidak berlaku kerana tumpuan yang lebih telah diberikan untuk membangunkan Xbox bagi menandingi Sony PlayStation 4.
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain