• Taylor Swift lancarkan filem di Apple Music


    21 Disember 2015 - Penyanyi popular, Taylor Swift telah melancarkan filem pertamanya di Apple Music berjudul 'The 1989 World Tour Live'. Ini bermakna, buat mereka yang sedang menggunakan Apple Music (berbayar mahupun 3 bulan percubaan), mereka boleh menyaksikan filem ini secara terus daripada aplikasi berkenaan.

    Filem ini lebih mengisahkan kepada dokumentari perjalanan Taylor Swift dalam mempromosikan album beliau, 1989 di serata dunia. Terdapat juga kisah-kisah di sebalik tabir, dan klip raptai yang difilemkan sekali untuk tatapan umum terutamanya peminat tegar beliau.


    Ini bukanlah suatu percubaan utama daripada artis terkemuka dunia melancarkan filem disebalik tabir dalam bentuk filem. Walau bagaimanapun, ini adalah kali pertama untuk seorang artis melancarkan filem di dalam Apple Music.

    Pada masa ini, Apple Music boleh diakses melalui peranti iOS, komputer Mac mahupun Windows serta Android.
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain