• Uber diintegrasikan ke dalam Facebook Messenger


    17 December 2015 - Uber telah mendapat tempat di hati pengguna meskipun telah mendapat tentangan hebat daripada pelbagai pihak terutamanya pengendali teksi di seluruh dunia. Di saat, Uber meneruskan usaha untuk memastikan mereka relevan di kalangan pengguna, Facebook telah bekerjasama bersama mereka untuk memudahkan pengguna untuk mendapatkan perkhidmatan Uber secara terus daripada Facebook Messenger.


    Melalui aplikasi Facebook Messenger, pengguna lagi perlu memuat turun aplikasi Uber untuk mendapatkan perkhidmatan tersebut. Mereka hanya perlu pergi mencari Uber di dalam aplikasi Messenger dan terus menekan ikon kereta untuk memanggil kereta. Walau bagaimanapun, sokongan Facebook Messenger dan Uber ini hanya dihadkan di kawasan Amerika sahaja. Pada masa ini tiada lagi sebarang informasi bilakah fungsi ini akan dibawakan ke Malaysia.

     
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain