• Apple Watch 2 akan hadir dengan tali jam magnetik?


    15 Januari 2015 - Apple telah pun memfailkan paten untuk tali jam magnetik untuk Apple Watch baru-baru ini. Tali jam magnetik yang dipatenkan berkebolehan untuk bertukar menjadi penyandar dan bekas pelindung. Apple memfailkan paten tersebut di United States Patent and Trademark Office.


    Selain daripada itu, di dalam fail paten berkenaan, tali jam magnetik ini berkebolehan untuk dilekatkan pada permukaan yang magnetik seperti komputer riba.

    Apple Watch 2 dijangkakan bakal diperkenalkan pada bulan Mac tahun ini. Desas-desus mengatakan Apple Watch 2 juga akan disertakan bersama dengan kamera untuk sokongan Facetime serta peningkatan kualiti pada sambungan WiFi.

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain