• Harga rasmi Apple Watch di Malaysia bermula RM1599


    6 Januari 2016 - Setelah sekian lama menunggu, akhirnya Apple Watch telah mula dijual di Malaysia secara rasmi bermula pada minggu ini. Terdapat 3 jenis Apple Watch yang boleh dipilih iaitu Watch Sports, Watch dan Watch Edition.


    Apple Watch Sports dijual bermula pada harga RM1,599 manakala Apple Watch pada harga RM2,499. Watch Sports memiliki binaan aluminium manakala Watch menggunakan besi tahan karat.


    Apple Watch Edition yang merupakan versi yang termahal kerana memiliki binaan emas 18 karat. Ia dijual sehingga mencecah harga RM80,000 seunit! Versi ini juga dilengkapi dengan kotak khas untuk pengecasan yang diperbuat daripada kulit bagi memberikan pengalaman yang lebih eksklusif.


    Pengguna boleh mendapatkan Apple Watch secara dalam talian di http://www.apple.com/my/watch/.
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain