• Apple Watch dijual di Switch bermula 22 Januari


    13 Januari 2016 - Selain daripada Machines, Switch juga akan memulakan jualan Apple Watch di Malaysia. Terdapat 10 buah Switch yang akan menjual Apple Watch bermula 22 Januari ini iaitu Gurney Plaza, Queensbay Mall, Perda City Mall, Sunway Carnival Mall, Alor Star Mall, Quill City Mall, Mines Shopping Fair, AEON Bukit Indah, Centre Point dan The Spring. Pada masa ini, pihak Switch tidak memberikan sebarang informasi berkenaan versi Apple Watch yang akan dijual.

    Maklumat lanjut berkenaan Apple Watch di Switch. 


    Persoalannya adakah pengguna di Malaysia akan masih berminat untuk memiliki Apple Watch terutama apabila kebanyakkan daripada mereka telah pun memiliki Apple Watch dari negara luar seperti Singapura dan Taiwan. Malah ada yang merasakan lebih berbaloi untuk menunggu kemunculan Apple Watch 2. Apple Watch sebelum ini telah dijual di Amerika bermula 24 April 2015 yang lalu.
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain