• Kemaskini iOS 9.2.1 kini sedia dimuat turun


    20 Januari 2016 - Setelah mengeluarkan dua siri Beta, Apple akhirnya telah melancarkan iOS 9.2.1 secara rasminya kepada pengguna. Kemaskini terbaru iOS ini boleh dilakukan pada iPhone, iPod Touch dan iPad. Untuk memulakan proses kemaskini, pengguna hanya perlu pergi ke Settings → General → Software Update.

    Kemaskini iOS 9.2.1 membawakan pembetulan pada pepijat, penambahbaikan pada sistem keselamatan serta pengubahsuaian untuk menyelesaikan isu yang menghalang sesebuah aplikasi untuk dipasang ketika menggunakan pelayan MDM.


    Secara keseluruhan kemaskini iOS 9.2.1 ini merupakan kemaskini yang kecil namun tetap digalakkan bagi memastikan peranti iOS anda mempunyai sistem keselamatan yang terbaru.
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain