• Machines bakal menjual Apple Watch pada 15 Januari


    7 Januari 2016 - Machines yang merupakan salah sebuah penjual rasmi produk Apple terbesar di Malaysia bakal memulakan penjualan Apple Watch  bermula 15 Januari ini. Walau bagaimanapun, hanya 3 buah cawangan terpilih sahaja yang akan memulakan penjualan jam tangan pintar tersebut iaitu KLCC, Mid Valley dan Sunway.

    Selain daripada itu, pengguna juga telah boleh mendapatkan aksesori-aksesori tambahan untuk Apple Watch di mana-mana cawangan Machines di seluruh Malaysia.

    Semalam, Apple Malaysia telah pun memulakan penjualan Apple Watch secara rasmi di negara ini melalui laman web mereka.
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain