• Panggilan video Skype berkumpulan bakal hadir untuk iOS


    14 Januari 2016 - Bersempena dengan ulang tahun ke-sepuluh aplikasi panggilan video dalam talian, Skype, pihak Microsoft akan memperkenalkan panggilan video berkumpulan secara percuma untuk semua pengguna Skype di iPhone mahupun iPad. Melalui pengenalan fungsi terbaru ini, pengguna boleh membuat panggilan video kepada lebih daripada seorang teman di Skype. Sesuai untuk digunakan untuk mesyuarat mahupun menghubungi semua ahli keluaraga dan teman.

    Ini merupakan kali pertama sokongan untuk panggilan video Skype berkumpulan dibawakan ke dalam peranti mudah alih. Menurut Gurdeep Pall, CVP Skype, selain daripada peranti iOS, peranti Windows 10 dan Android juga bakal menerima kemaskini yang sama kelak.

    Sejak Skype diperkenalkan, pengguna telah menggunakannya untuk panggilan video percuma lebih daripada 2 trillion minit. Ini termasuklah panggilan video penting seperti, seorang askar menantikan detik kelahiran anaknya, hingga pasukan pengembara membuat liputan khas dari gunung Everest kepada para pelajar.
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain