• Pengguna Apple Music kini melebihi 10 juta


    11 Januari 2016 - Pesaing kepada Spotify, Apple Music dilaporkan telah pun mempunyai lebih daripada 10 juta pengguna termasuk di iOS, Mac, PC, Android serta Apple TV dalam masa 6 bulan sahaja. Sebelum ini, Spotify berjaya mendapatkan 10 juta pengguna hanya selepas 6 tahun beroperasi.

    Apple Music yang dilancarkan pada 30 Jun 2015, kini menjadi perkhidmatan penstriman muzik kedua terpopular di dunia selepas Spotify. Spotify sebelum ini pernah melaporkan mereka mempunyai 20 juta pengguna berbayar dan 70 juta pengguna aktif di seluruh dunia termasuk langganan percuma.


    Berdasarkan statistik yang diperlihatkan, Apple Music kelihatan berpotensi untuk menggugat Spotify pada tahun 2017. Tim Cook sebelum ini mensasarkan sebanyak 100 juta pengguna Apple Music.
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain