• 5 sebab Asus Zenfone Zoom sesuai untuk penggila kamera


    14 Mac 2016 - Zenfone Zoom merupakan sebuah telefon pintar yang menarik dikeluarkan oleh Asus pada bulan Disember tahun lepas. Telefon ini lebih menitik berat kepada kualiti gambar yang dihasilkan daripada kameranya bersesuaian dengan namanya. Ketahui 5 sebab mengapa Asus Zenfone Zoom ini adalah sebuah telefon yang amat sesuai untuk penggila kamera:

    1) Kamera dengan Zoom Optikal 3x


    Pada masa ini, Zenfone Zoom memiliki kamera telefon dengan Zoom Optikal 3x ternipis di dunia. Ia menggunakan teknologi inovasi 10 elemen lensa Hoya bagi menghasilkan gambar yang lebih tajam. Pembesaran gambar boleh dibuat sehingga 12 kali secara keseluruhan. Jarak fokus untuk kameranya adalah antara 28mm hingga 84mm.

    Selain daripada itu, telefon pintar ini juga lengkap dengan dua denyar (flash) LED Real Tone untuk menghasilkan pengcahayaan yang sempurna. Kameranya juga berupaya melakukan fokus automatik sepantas 0.03 saat.

    2) Lengkap dengan Penstabilan Gambar Optikal


    Menggunakan teknologi penastabilan gambar optikal (OIS) seakan DSLR, Zenfone Zoom mampu menangkap gambar dengan lebih stabil, tajam serta jelas walaupun anda sedang bergerak/bergegar, amat bersesuaian untuk mereka yang aktif dan selalu menggunakan kamera untuk aktiviti-aktiviti lasak mahupun menjelajah ke serata dunia.

    3) Prestasi Sehebat Komputer


    Selain daripada mempunyai kamera yang hebat, Zenfone Zoom juga memiliki prestasi teknologi sehebat sebuah komputer. Ia menggunakan cip pemprosesan Intel Z3590 2.5GHz 64-bit dengan RAM 64-bit Dual-Channel 4GB. Sistem pemprosesan grafiknya pula menggunakan 6430 PowerVR 640MHz.

    Ini bermakna anda tidak akan mempunyai sebarang masalah untuk memainkan permainan dalam format definasi tinggi pada telefon pintar ini. Spesifikasi ini juga memboleh pengguna melakukan pengendalian berbilang tugas dengan lancar tanpa sebarang masalah pelambanan.

    Zenfone Zoom juga mempunyai skrin Corning Gorilla Glass 4 yang mampu menahan hentakan sebanyak 2.5 kali ganda berbanding Gorilla Glass 3. Peluang untuk skrinnya tidak pecah adalah sebanyak 85% dalam kegunaan seharian.

    4) Sokongan Bunyi yang Terbaik


    Disertakan dengan teknologi Asus, Sonic Master 2.0, telefon pintar ini mampu menghasilkan kualiti bunyi yang lebih kuat dengan bes maksimum. Terdapat 5 magnet pembesar suara digunakan untuk menghasilkan kualiti bunyi 41% lebih kuat dan 12% kurang herotan.

    Selain itu, teknologi NoiseZero Talk juga memastikan anda dapat mendengar panggilan dengan lebih jelas dan berkualiti.

    5) Pantas untuk Dicas Semula


    Zenfone Zoom mempunyai kapasiti bateri sebesar 3,000mAh bagi memastikan penggunaan dalam masa satu hari tidak terganggu. Sekiranya kehabisan bateri, pengecasan semula dapat dilakukan dalam masa 39 minit daripada 0% kepada 60%. Ini bermakna ia lebih pantas sebanyak 3.6 kali ganda berbanding telefon pintar yang biasa. Teknologi ini dinamakan sebagai BoostMaster.

    Asus Zenfone Zoom dijual pada harga RM2,099 dan boleh dimiliki dalam 2 warna yang berbeza iaitu putih dan hitam. Bahagian belakangnya menggunakan kulit buatan agar kelihatan premium.

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain