• Bayaran Ansuran Samsung Galaxy S7 Edge di SenQ


    15 Mac 2016 - Harga bagi sebuah Samsung Galaxy S7 Edge boleh dikatakan agak tinggi berbanding telefon-telefon pintar yang sedia pada masa kini.Bermula pada 18 Mac ini, Samsung Galaxy S7 Edge akan mula dijual di Malaysia pada harga RM3,099. Bagi mereka yang tidak berkemampuan, pihak SenQ juga akan menawarkan bayaran ansuran bulanan bagi membolehkan pengguna untuk memiliki telefon pintar idaman mereka.

    Terhad Untuk Pengguna Kad Kredit


    Pada masa ini, tawaran ansuran bulanan daripada SenQ hanyalah terhad buat pengguna kad kredit Maybank, Public Bank dan American Express. Pembeli boleh memilih sama ada untuk membuat bayaran ansuran selama 6 bulan, 12 bulan ataupun 24 bulan. Berikut adalah anggaran harga bayaran bulanan:

    • 6 bulan - RM516.50 sebulan
    • 12 bulan - RM258.25 sebulan
    • 24 bulan - RM129.13 sebulan
    Berdasarkan maklumat di laman web SenQ, 150 pelanggan pertama yang menempah awal bersama mereka, akan menerima sebuah kad MicroSD Samsung berkapasiti 128GB yang bernilai RM289. Pembeli juga akan menerima jaminan tambahan selama setahun.


    Penghantaran Samsung Galaxy S7 Edge akan mengambil masa dari 3 hingga 14 hari waktu bekerja. Bagi yang berminat untuk membeli Samsung Galaxy S7 Edge secara ansuran tanpa sebarang kontrak bersama mana-mana syarikat telekomunikasi, sila layari laman SenQ di sini 
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain