• Filem Boboiboy The Movie sasarkan kutipan RM25 juta


    13 Mac 2016 - Filem animasi tempatan keluaran Animonsta Studios berjaya memperoleh kutipan sebanyak RM5 juta selepas 9 hari ditayangkan di pawagam di seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura. Kutipan ini sememangnya amat menggalakkan sehingga menjadi filem animasi tempatan yang pertama meraih kutipan sebanyak itu pada masa ini.

    Bakal Ditayangkan di Indonesia

    Pihak Animonsta Studios mensasarkan kutipan keseluruhan sebanyak RM25 juta. Sasaran ini dijangkakan bakal boleh dikecapi terutama apabila filem berkenaan akan ditayangkan di Indonesida pada  13 April ini. Siri animasi Boboiboy sebelum ini telah mendapat perhatian di kalangan warga Indonesia, maka tidak mustahil angka kutipan akan meningkat dengan mendadak.

    Pada masa yang sama, kutipan jualan tiket di Malaysia juga dijangkakan bakal meningkat semasa musim cuti sekolah ini terutama apabila kebanyakkan ibu bapa akan membawa anak-anak mereka menyaksikan siri animasi kegemaran ramai ini.


    Penceritaan dan Kesan Grafik 

    Filem animasi Boboiboy secara keseluruhan dilihat sebanyak sebuah filem animasi tempatan yang menarik dari aspek penceritaan dan kualiti grafik. Ia padat dengan aksi-aksi yang menarik untuk tatapan kanak-kanak, golongan remaja mahupun ibu bapa. Terdapat juga unsur-unsur komedi yang menjadikan filem ini seronok ditonton oleh seisi keluarga.

    Pada masa ini Boboiboy The Movie telah mendapat 9.8 bintang daripada 10 di laman web IMDB.

    Trailer rasmi Boboiboy The Movie
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain