• Redmi Note 2 berbaloi pada harga RM649


    12 Mac 2016 - Redmi Note 2 merupakan sebuah telefon pintar Android yang boleh dipertimbangkan sekiranya anda sedang mencari sebuah telefon yang mempunyai skrin yang besar di dalam lingkungan harga di bawah RM1000.

    Dijual bermula pada harga RM649 di laman web MI Malaysia, Redmi Note 2 tampil dengan spesifikasi yang agak tinggi jika dibandingkan dengan pesaing-pesaingnya dalam kategori harga lingkungan yang sama.

    Spesifikasi Utama

    Redmi Note 2 menggunakan cip pemprosesan MTK Helio X10 Octa-core, 64-bit dan RAM 2GB LPDDR3 dual-channel. Ini bermakna ia mampu beroperasi 3.5 kali lebih pantas daripada Redmi Note yang pertama.

    Telefon ini juga dilengkapi dengan cip pemprosesan grafik PowerVR G6200. Ia mampu menghasilkan grafik yang lebih lancar untuk permainan yang mempunyai grafik yang tinggi. video definasi tinggi serta efek 3D yang lebih cantik. Secara keseluruhan ia adalah 3.5 lebih baik daripada Redmi Note sebelum ini.

    Kamera



    Menggunakan salah satu teknologi daripada Samsung, Redmi Note 2 mempunyai kamera 13MP di bahagian belakang dan 5MP di bahagian hadapan. Ia turut dilengkapi dengan sistem Phase Detection Autofocus (PDAF), di mana ia sering digunakan pada kamera DSLR. Sistem ini menangkap gambar dengan pantas di mana ia menyerupai bagaimana mata manusia memfokus pada sesuatu objek.

    Skrin

    Skrin bersaiz 5.5 ini juga menjadi suatu kelebihan untuk Redmi Note 2 kerana kebanyakan pengguna sudah mula terbiasa dengan skrin telefon pintar yang lebih besar. Skrinnya mampu mengadaptasi kadar pengcahayaan secara automatik mengikut kesesuaian waktu. Redmi Note 2 menggunakan teknologi IPS dan memaparkan paparan sehingga 1080p definasi tinggi sepenuhnya.

    Lain-Lain


    Sokongan dwi-SIM 4G juga merupakan salah satu spesifikasi yang menarik pada Redmi Note 2. Sesuai untuk mereka yang memerlukan dua nombor pada satu masa. Telefon ini mampu bertahan selama 7.5 jam untuk penggunaan penstriman video. Ia menggunakan bateri 3060mAh dan boleh digantikan bila-bila masa oleh penggunanya.

    Pada masa ini telefon ini masih lagi menggunakan Android 5.0 dengan antaramuka MIUI 7.
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain