• LG hasilkan pengimbas cap jari terbina pada skrin


    2 Mei 2016 - Sistem pengimbas cap jari jelas sekali telah menjadi suatu kemestian di kalangan pengeluar telefon pintar masa kini. Terdapat pelbagai posisi pengimbas cap jari ini diletakkan pada telefon pintar seperti pada kekunci utama telefon berkenaan mahupun ditempatkan di belakang telefon tersebut.
     
    Terbaru, LG Innotek telah memperkenalkan sistem pengimbas cap jari yang terbina pada skrin telefon pintar. Dengan memiliki saiz sebesar 0.01 inci, ia membolehkan pereka telefon pintar untuk meletakkan pengimbas berkenaan pada kaca skrin itu sendiri tanpa perlu meletakkan butang khas.
     
    Menurut pihak LG, teknologi berkenaan berupaya beroperasi seperti pengimbas cap jari yang sedia ada serta mampu memastikan pengimbasan dapat dilakukan walaupun dalam keadaan basah. Tiada sebarang tarikh yang pasti untuk LG menggunakan teknologi ini pada telefon pintarnya, namun dijangkakan LG akan memperkenalkannya pada telefon terkini mereka sebelum penghujung tahun 2016.
     
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain