• 3 Cara Untuk Naik Level Dengan Pantas di Pokemon Go

    Sekiranya anda kini di level 20 ke atas di dalam Pokemon Go, sudah pasti anda merasakan agak sukar untuk naik ke level seterusnya. Di sini saya kongsikan beberapa cara yang anda boleh gunakan untuk menaikkan level anda dengan pantas di dalam Pokemon Go.
     
    Cara 1 : Tangkap Pokemon Baru
     
     
    Dengan menangkap Pokemon yang baru, anda akan mendapat 500 XP tambahan berbanding Pokemon yang anda pernah tangkap. Oleh itu, cuba pergi ke kawasan baru dan cari Pokemon yang belum pernah ketemui dengan sebanyak-banyaknya.
     
    Cara 2 : Evolusikan Pokemon Anda
     
     
    Sekiranya anda telah menangkap banyak Pokemon yang sama, anda patut cuba untuk mengevolusikan sebanyak mana Pokemon yang anda boleh. Ini kerana setiap evolusi akan memberikan anda 500 XP tambahan. Pokemon yang sering kali digunakan untuk evolusi adalah Pidgey dan Ratata kerana ia mudah untuk dijumpai serta tidak memerlukan bilangan Candy yang banyak untuk evolusi.
     
    Cara 3 : Gunakan Lucky Egg


     
    Lucky Egg merupakan salah satu barang yang akan diterima apabila kita naik ke sesuatu level yang baru. Apabila ia diaktifkan pemain tersebut akan menerima XP 2 kali ganda untuk sebarang aktiviti dan ini termasuklah apabila pemain menangkap Pokemon yang lama & baru atau mengevolusikan Pokemon mereka.
     
    Pastikan anda menggunakan Lucky Egg pada waktu yang sesuai untuk mengelakkan pembaziran.
     
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain