• Cara untuk mengira IV Pokemon dalam Pokemon Go

    Sekiranya anda seorang pemain Pokemon Go, terdapat pelbagai faktor yang perlu anda fikirkan dalam memilih Pokemon terbaik untuk diperlawankan di Poke Gym. Antara faktor yang perlu diambil kira adalah IV Pokemon. IV yang bermaksud Individual Value boleh disama ertikan dengan level Pokemon tersebut.
     
    Walau bagaimanapun, aplikasi Pokemon Go yang rasmi tidak memberikan sebarang informasi yang tepat untuk nilai IV Pokemon anda. Pada masa ini anda hanya boleh mengharapkan pada sistem Appraiser bagi mengetahui tahap kesesuaian Pokemon tersebut untuk diperlawankan.
     
    Poke Go Master
     

    Aplikasi Poke Go Master yang boleh dimuat turun daripada Google Play membolehkan anda mengira IV Pokemon dengan mudah dan tepat. Ia mengambil kira faktor CP (Combat Power), HP (Health Power), dan level trainer tersebut. Sedikit sebanyak aplikasi ini mampu memberikan anda gambaran sama ada Pokemon yang telah anda tangkap adalah sesuai untuk diperlawankan atau pun tidak.
     
    IV Pokemon Bukan Segalanya
     
    Perlu diingatkan IV bukanlah segalanya untuk Pokemon yang terbaik. Ini kerana anda juga perlu mengambil kira faktor CP dan skill Pokemon berkenaan juga. Mungkin IV Pokemon berkenaan tinggi namun sekiranya skillnya tidak sesuai untuk digunakan semasa berlawan, maka ia tetap tidak sesuai.
     
     
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain